Khamis, 16 Februari 2023

YAMAHA Y16ZR MODEL TERKINI

OVERVIEW Memperkenalkan Yamaha Y16ZR serba baru, motosikal premium generasi masa depan berprestasi tinggi dengan paduan DNA Yamaha – Prestasi, Gaya, dan Inovasi. Dibina dari teknologi dan kejuruteraan sukan permotoran, Yamaha Y16ZR hadir dengan prestasi dan pengendalian hebat serta ciri-ciri istimewa yang canggih dan gaya rekabentuk menarik membuatnya motosikal paling berkuasa dan berprestasi di kelasnya! PENARIK TUAS KLAC LEBIH PENDEK Kini 10mm lebih pendek, ianya mampu memberikan cengkaman yang singkat dan lebih selesa ketika menukar gear. ENJIN 155CC DENGAN VVA SERBA BARU Jantung penggerak paling berkuasa di kelasnya, enjin sejukan cecair 155cc serba baru, 4-lejang, 4-injap, SOHC dengan VVA. GEARBOX 6 KELAJUAN DENGAN PEMETAAN PENCUCUHAN INDIVIDU UNTUK SETIAP GEAR Menampilkan pemetaan pencucuhan yang berbeza untuk setiap gear, menghasilkan daya dorong 17.7Hp @ 9,500 rpm dan tork tertinggi 14.4 Nm @ 8,000 rpm. KLAC ‘ASSIST & SLIPPER’ Terhubung ke gearbox, sistem klac A&S memastikan penukaran gear yang lebih lancar dan mengurangkan tahap bebanan klac untuk menghasilkan perjalanan yang lebih selesa. KERANGKA BARU SERBA RINGAN Dilengkapi dengan kolar tetulang berbentuk Y baharu serta pendakap enjin yang lebih tebal, pada ketebalan 4.5mm. Ia memastikan tunggangan anda lebih mantap dan prestasi kawalan selekoh yang optimum biarpun pada kelajuan tinggi. TANGKI BAHAN API 5.4 LITER BARU Seiring dengan enjin yang cekap bahan api, Y16ZR mampu menawarkan jarak maksimum 256km dalam satu tangki penuh, berdasarkan pada gaya tunggangan anda. BREK CAKERA DEPAN KALIPER 2-POT BARU Angkup brek dua piston pada roda hadapan menawarkan kestabilan ketika membrek dengan saiz brek cakera hadapan yang berukuran 245mm. TEMPAT DUDUK JENIS TERPISAH GAYA BARU Rekaan pelana tempat duduk anti-gelincir yang ergonomik mengikut kontur duduk penunggang untuk tunggangan yang lebih selesa. LAMPU DEPAN LED TINGGI DAN RENDAH BERASINGAN Terinspirasi dari sukan permotoran, lampu depan sinar rendah terletak di bahagian bar pemegang sementara sinar tinggi disatukan dengan lampu posisi, di bahagian bawah, memberikan penampilan bahagian hadapan sporty yang tiada bandingannya. METER DIGITAL LCD DENGAN DASAR GELAP Panel unit digital LCD baharu yang memaparkan semua informasi seperti kelajuan, tahap rpm, kedudukan gear, penunjuk VVA dan lain-lain pada dasar yang gelap, memberikan kontras grafik yang jelas. LAMPU BELAKANG LED BARU Tampil lebih bergaya, lebih ramping, lebih runcing dengan rekaan lampu belakang LED inspirasi daripada model YZF-R1, ia disatukan dengan sempurna pada kontur badan motosikal. SISTEM KUNCI PINTAR Enjin boleh dihidupkan dengan mudah hanya dengan memutar butang tanpa perlu memasukkan kunci. Sistem ini juga mempunyai fungsi ‘panggil-balik’ untuk mencari kedudukan motosikal. Dilengkapi ‘immobilizer’ untuk mencegah kecurian. SOKET KUASA 12V DC Untuk memudahkan anda mengecas apa saja peralatan pintar anda, soket DC 12V dengan maksimum kapasiti 1.0A disediakan. SUIS PEMBERHENTIAN ENJIN BARU Anda boleh mematikan enjin segera dengan hanya menekan suis khusus yang digabungkan dengan suis utama, sekiranya berlaku kecemasan, demi keselamatan anda. (ZULMOTORPARTKLANG)

YAMAHA Y15zr ZMKEMPIRE

CATATAN SEJARAH SEHINGGA LAHIRNYA YAMAHA Y15ZR PERJALANAN sejarah jenama Yamaha itu sendiri dalam bidang dua roda sebenarnya sedikit lewat jika dibandingkan dengan jenama motosikal dunia yang lain. Sebelum itu syarikat berkenaan lebih menumpukan kepada perusahaan peralatan muzik dan elektronik. Segalanya bermula apabila Genichi Kawakami (Presiden pertama Yamaha Motor) menyatakan keinginannya mengeluarkan enjin motosikal pada 1953. Yang akhirnya menjadi titik tolak Syarikat Yamaha Motor dilahirkan. Ketika itu, Genichi berfikir untuk menggunakan semula mesin membuat kipas pesawat yang sudah terbiar. Genichi merasakan perlu untuk menceburi bidang baharu. Beliau melakukan kajian dan meneroka beberapa pengeluaran produk termasuk mesin jahit, bahagian auto, skuter, kenderaan utiliti tiga roda, dan motosikal.Oleh kerana pasaran yang begitu kompetitif Genichi akhirnya memilih untuk fokus kepada pasaran motosikal. Keputusan berkenaan bukanlah mudah. Sebagai ketua jabatan, Genichi melakukan kajian terperinci sementara pengurus bahagian yang lain melawat kilang motosikal terkemuka seluruh negara. Pulang dari lawatan mereka sepakat menyertai segmen motosikal walaupun agak lewat namun bidang itu masih memiliki peluang besar. Mempersiapkan diri, Genichi bersama pasukannya sekali lagi melawat ke kilang-kilang Jerman dan seluruh Eropah untuk mempelajari membangunkan sebuah motosikal. Kata Genichi, “Jika ingin melakukannya, lakukan yang terbaik.” Berpaksikan kepada moto itu seluruh pasukan mencurahkan tenaga dan kepakaran mereka pada produk prototaip pertama Yamaha YA-1. Sepuluh bulan kemudian pada Ogos 1954 lahirlah model pertama Yamaha menggunakan enjin 125cc, satu silinder sejukkan udara. Bermula dari itu dapat dilihat Yamaha menjadikan setiap cabaran itu sebagai satu peluang. Kemudian, pada bulan Januari 1955 Kilang Hamakita Nippon Gakki dibina dan pengeluaran YA-1 bermula. Dengan hala tuju baharu, Genichi menubuhkan Yamaha Motor Co Ltd pada 1 Julai, 1955. Syarikat itu mencipta kejayaan dengan memenangi dua perlumbaan besar di Jepun dan meluaskan capaian produknya ke luar negara. Sehingga kini Yamaha menjadi pengeluar motosikal kedua terbesar dunia dan berjaya menghasilkan pelbagai rangkaian model roda dua yang berjaya menambat hati para pengguna di peringkat global.Malah Yamaha juga mengungguli segmen moped. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka adalah jaguh dalam segmen moped. Di pasaran tempatan sendiri, jentera moped Yamaha antara model ‘panas’ di pasaran. HONG LEONG YAMAHA MOTOR Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) ditubuhkan pada 1978 di Malaysia dan model pertama dibawa masuk ialah RX100. Kemudian dapat dilihat HLYM keluar dari kepompong usang yang dahulunya begitu takut ingin memasuki liga kapcai. Dan jenama itu kini lebih dikenali sebagai sebuah pengeluar rangkaian motosikal dan skuter berkapasiti kecil.Dan umum mengetahui HLYM sebenarnya lebih selesa mengambil pendekatan selamat dengan bermain sekitar kelas di bawah 250cc. Tahun lalu, syarikat itu meraih 37 peratus perkongsian pasaran motosikal di Malaysia yang mana segmen kecil lebih banyak menyumbang kepada kejayaan itu. Memiliki faktor X di dalam segmen itu, HLYM meluaskan lagi rangkaian modelnya menerusi pengenalan Yamaha Y15ZR. Seiring dengan taqline mereka "Semakin Di Depan", HLYM sekali lagi membuka segmen baharu dengan memperkenalkan moped 150cc. Sebagai pelopor, jentera tersebut begitu dinantikan oleh peminat motosikal sejak awal tahun lagi. Malaysia adalah negara terakhir Asian menerima model itu.Vietnam dan Indonesia terlebih dahulu melancarkan model berkenaan dengan nama berbeza iaitu Yamaha Exciter 150 (Vietnam) dan Jupiter MX King 150 (Indonesia). Dipercayai mampu memberikan prestasi berorientasikan penunggang dan ketangkasan, Y15ZR dijana enjin 150cc SOHC sejukkan cecair suntikan petrol. Enjin tersebut mampu memberi kuasa 11.3kw dan tork setinggi 13.8Nm.Difahamkan enjin Y15ZR menggunakan enjin 150cc Yamaha namun menerima talaan. Menyentuh soal kelajuan maksimum, berdasarkan bacaan menerusi online, seorang wartawan Indonesia mampu mencapai 136 kilometer sejam ketika menunggang uji model tersebut. Ia bergantung kepada individu. Melihat kepada rekaan Y15ZR setiap peminat memiliki pendapat sendiri. Menurut saya, tampilan badannya adalah sporty dengan lekuk seksi persis motorsport tulen.Masih lagi kelihatan seperti sebuah moped namun mampu tampil menawan dan gagah. Bahagian fascia mencirikan sentuhan Yamaha, bahkan tak perlu lama untuk melihatnya kerana sudah dapat mengecam DNA Yamaha sebagaimana GT 125, Yamaha R1 baharu dan R25. Apalagi, lampu belakang dan bahagian brek kelihatan mirip Yamaha R25. Bahagian sisi depan pula memberi satu kesan motor back bone dengan aplikasi fairing mungil yang membuat tubuhnya terlihat atlet. Walaupun ada antara peminat yang mengkritik ia kelihatan seperti sebuah skuter. Akan tetapi bahagian belakangnya mengingatkan anda kepada versi abangnya Yamaha R15, R25 dan R6.Malah, bahagian ekzos Y15ZR juga didatangkan dengan tiga peringkat peredam yang bakal menghasilkan bunyi sporty. Malah rekaan ekzos dan rimnya sekilas mirip R15. Walaupun rekaan lampu depannya mungkin sedikit kontroversi tetapi ia dapat dimaafkan dengan bentuk keseluruhan. Pada bahagian kaki Y15ZR juga tidak mahu kalah yang mana ia menggunakan rim berukuran 1.85 inci dengan tayar 70/90-17 dan belakang pula 3.50 inci dengan tayar berukuran 120/70-17. Sungguh bukan sebuah motosikal untuk ke pasar. Untuk pasaran Malaysia, pihak HLYM hanya menawarkan tiga warna bersama grafik menarik iaitu hitam, biru dan merah. Namun begitu, di negara Asian yang lain turut tersedia warna merah dan kuning. Untuk makluman, Malaysia hanya menawarkan varian klac tangan Y15ZR dan pihak HLYM tidak akan membawa masuk varian automatik. (ZULMOTORPARTKLANG)

Isnin, 13 Februari 2023

ZⓂ️K - KEDAI AKSESORI MOTOR YAMAHA/HONDA

 


HAI SELAMAT DATANG KE BLOGGER KEDAI KAMI ZⓂ️K.







KEDAI ZⓂ️K OPEN SEPERTI BIASA GUYS πŸ€πŸ€πŸ‘‡πŸ‘‡
 
ISNIN -SABTU :11AM-10PM
JUMAAT:2.30PM-10.30PM
AHAD:11AM-7PM

✅PEMASANGAN DISEDIAKAN πŸ› ️
✅CODπŸš—
✅ POSTAGE SELURUH MALAYSIAπŸ“¬

BOLEH FOLLOW LINKπŸŒπŸ›°️ FB,TIK-TOK,INSTAGRAM,
YOUTUBE DAN PEMBELIAN DALAM SHOPEE KAMI πŸšπŸššπŸ›» CEPAT DAN PANTAS PILIHAN DITANGAN ANDAπŸ§‘‍πŸ’»πŸ‘©‍πŸ’»πŸ‘‡✅
:https://shopple.co/z-mk

Location ZⓂ️K
https://maps.app.goo.gl/nVKfMRydFqEPFQ5A7

☎️☎️☎️πŸ“žπŸ“žπŸ“ž
Wasap.my/60173810939
Wasap.my/60172748390

JANGAN LUPA SAPORT KEDAI KAMI YA GUYS ,TANPA ANDA KEDAI KAMI TIDAK DAPAT MEMBANGUN SEPERTI HARIINI .KAMI AKAN CUBA BUAT YANG TERBAIK UN TUK ANDA DILUAR SANA.PILIHAN DITANGAN ANDA CARILAH SALLER YANG BOLEH DIPERCAYAI YE GUYS😘😘