Khamis, 16 Februari 2023
YAMAHA Y16ZR MODEL TERKINI
OVERVIEW
Memperkenalkan Yamaha Y16ZR serba baru, motosikal premium generasi masa depan berprestasi tinggi dengan paduan DNA Yamaha – Prestasi, Gaya, dan Inovasi.
Dibina dari teknologi dan kejuruteraan sukan permotoran, Yamaha Y16ZR hadir dengan prestasi dan pengendalian hebat serta ciri-ciri istimewa yang canggih dan gaya rekabentuk menarik membuatnya motosikal paling berkuasa dan berprestasi di kelasnya!
PENARIK TUAS
KLAC LEBIH PENDEK
Kini 10mm lebih pendek, ianya mampu memberikan cengkaman yang singkat dan lebih selesa ketika menukar gear.
ENJIN 155CC
DENGAN VVA SERBA BARU
Jantung penggerak paling berkuasa di kelasnya, enjin sejukan cecair 155cc serba baru, 4-lejang, 4-injap, SOHC dengan VVA.
GEARBOX 6 KELAJUAN
DENGAN PEMETAAN PENCUCUHAN INDIVIDU UNTUK SETIAP GEAR
Menampilkan pemetaan pencucuhan yang berbeza untuk setiap gear, menghasilkan daya dorong 17.7Hp @ 9,500 rpm dan tork tertinggi 14.4 Nm @ 8,000 rpm.
KLAC
‘ASSIST & SLIPPER’
Terhubung ke gearbox, sistem klac A&S memastikan penukaran gear yang lebih lancar dan mengurangkan tahap bebanan klac untuk menghasilkan perjalanan yang lebih selesa.
KERANGKA BARU
SERBA RINGAN
Dilengkapi dengan kolar tetulang berbentuk Y baharu serta pendakap enjin yang lebih tebal, pada ketebalan 4.5mm. Ia memastikan tunggangan anda lebih mantap dan prestasi kawalan selekoh yang optimum biarpun pada kelajuan tinggi.
TANGKI BAHAN API
5.4 LITER BARU
Seiring dengan enjin yang cekap bahan api, Y16ZR mampu menawarkan jarak maksimum 256km dalam satu tangki penuh, berdasarkan pada gaya tunggangan anda.
BREK CAKERA DEPAN
KALIPER 2-POT BARU
Angkup brek dua piston pada roda hadapan menawarkan kestabilan ketika membrek dengan saiz brek cakera hadapan yang berukuran 245mm.
TEMPAT DUDUK
JENIS TERPISAH GAYA BARU
Rekaan pelana tempat duduk anti-gelincir yang ergonomik mengikut kontur duduk penunggang untuk tunggangan yang lebih selesa.
LAMPU DEPAN LED
TINGGI DAN RENDAH BERASINGAN
Terinspirasi dari sukan permotoran, lampu depan sinar rendah terletak di bahagian bar pemegang sementara sinar tinggi disatukan dengan lampu posisi, di bahagian bawah, memberikan penampilan bahagian hadapan sporty yang tiada bandingannya.
METER DIGITAL LCD
DENGAN DASAR GELAP
Panel unit digital LCD baharu yang memaparkan semua informasi seperti kelajuan, tahap rpm, kedudukan gear, penunjuk VVA dan lain-lain pada dasar yang gelap, memberikan kontras grafik yang jelas.
LAMPU BELAKANG
LED BARU
Tampil lebih bergaya, lebih ramping, lebih runcing dengan rekaan lampu belakang LED inspirasi daripada model YZF-R1, ia disatukan dengan sempurna pada kontur badan motosikal.
SISTEM KUNCI
PINTAR
Enjin boleh dihidupkan dengan mudah hanya dengan memutar butang tanpa perlu memasukkan kunci. Sistem ini juga mempunyai fungsi ‘panggil-balik’ untuk mencari kedudukan motosikal. Dilengkapi ‘immobilizer’ untuk mencegah kecurian.
SOKET KUASA
12V DC
Untuk memudahkan anda mengecas apa saja peralatan pintar anda, soket DC 12V dengan maksimum kapasiti 1.0A disediakan.
SUIS PEMBERHENTIAN
ENJIN BARU
Anda boleh mematikan enjin segera dengan hanya menekan suis khusus yang digabungkan dengan suis utama, sekiranya berlaku kecemasan, demi keselamatan anda.
(ZULMOTORPARTKLANG)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan